FELCRA Plantation Services Sdn Bhd

Pusat Benih Padi

Pengeluaran benih padi sah berasaskan piawaian, kawalan kualiti dan inovasi pemprosesan.

Maklumat perkhidmatan

Pusat Benih Padi

Pengeluaran benih padi sah berasaskan piawaian, kawalan kualiti dan inovasi pemprosesan.

  1. 01

    Pengenalan

    Pusat Benih Padi ditubuhkan pada 1 April 1990 untuk menampung bekalan biji benih padi bagi kegunaan Estet Padi FELCRA.

    • Diuruskan oleh FELCRA Plantation Services Sdn Bhd.
    • Kapasiti proses 6 metrik tan sejam.
    • Pematuhan Sijil Jabatan Pertanian Malaysia dan SIRIM MS 469:2012.
    • Tertakluk di bawah bidang kuasa dan kawalan Seksyen Kawal Selia Padi di KPKM di bawah Peraturan KPKM P.U. (A) 625, 1996.
  2. 02

    Skim Pengesahan Benih Padi

    Tujuan utama skim ini adalah untuk memperakui ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi yang sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja.

  3. 03

    Biji Benih Asas

    Progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal pengeluarannya bagi memastikan tahap ketulenan genetik oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

  4. 04

    Biji Benih Daftar

    Progeni daripada penanaman biji benih asas yang dikawal pengeluarannya di bawah standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009).

  5. 05

    Biji Benih Sah

    Dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM-2009).