DARI MEJA PENGERUSI

Perutusan Pengerusi

Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) mungkin sukar untuk mengecapi apa yang dimiliki pada hari ini tanpa komitmen padu daripada ahli Lembaga dan pasukan pengurusan yang dianggotai oleh golongan profesional berpengalaman. Saya juga ingin melafazkan ucapan terima kasih saya kepada semua warga kerja kami yang tanpa mengenal erti lelah berkhidmat untuk syarikat sehingga kami berada di tahap ini.

Saya juga gembira mengumumkan bahawa, tahun ini menyaksikan sekali lagi peningkatan dalam perkembangan produk dan kita telah melangkah lebih jauh dalam sasaran kita untuk meraih perkembangan yang mampan. Kepantasan pelaksanaannya mendorong pulangan yang memberangsangkan buat syarikat. Kepelbagaian dan pengembangan rangkaian produk kami, di samping perkhidmatan perundingan dalam industri perladangan sedia ada turut menyumbang kepada kejayaan ini. Tidak lupa juga, terdapat banyak jenama-jenama korporat yang memainkan peranan penting selaku tulang belakang kami sehingga mencapai kecemerlangan yang dikecapi pada hari ini.

Usaha kami dalam mempermodenkan produk-produk sedia ada bermaksud, para pelanggan di premis kami berpeluang menikmati manfaat dari aspek mobiliti yang kami ketengahkan tanpa mengkompromikan penyelesaian teras sedia ada. Kami juga melabur dalam kolaborasi secara jarak jauh, memastikan para pelanggan kami mampu melakukan kerja-kerja perakaunan mereka secara efisien merentasi segenap perniagaan mereka.

Ia merupakan tahun yang cukup progresif dari segi strategik, operasi dan juga aspek kewangan kami. Namun begitu, tiada istilah sambil lewa bagi kami apatah lagi berdepan situasi pasaran yang kerap berubah, kami harus sentiasa berjaga-jaga dalam memfokuskan kepada tempoh membuat keputusan yang lebih singkat, pantas mengatur kedudukan dan memberi lebih keutamaan kepada pelanggan. Ianya mampu dilakukan dengan jayanya hanya dengan komitmen dari mereka-mereka yang cemerlang dan bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para kakitangan dan rakan niaga kami di atas usaha yang telah disumbangkan pada tahun lalu.

Saya yakin dengan keupayaan syarikat untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah pada tahun-tahun yang akan datang.

Terima kasih.
EN. AZMAN BIN HJ. RUSLAN