Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) mengendalikan sebuah kilang pengeluaran biji benih padi yang tercanggih di Malaysia. Fokus kilang ini adalah untuk mengeluarkan biji benih padi mengikut piawaian serta bermutu tinggi yang akan menjadi asas bagi mencapai hasil yang tinggi serta menguntungkan.
FPSSB juga menawarkan khidmat kajisuai teknikal ke atas projek-projek baru bagi tanaman komoditi termasuk pembangunan estet padi.